Review Nik Azli Nik Alias (Penyerang Piala Presiden 2017)

Nik Azli Nik Alias


Nik Azli Nik Alias merupakan antara bakat muda yang mula menampakkan sinar musim ini..Pada usia 20 tahun (lahir 1997) beliau mula mendapat call up TRW 2017 pada bulan Mac yang menyaksikan coach ZI pada waktu itu memanggil beliau bersama Imran Samso untuk kunjungan siri persahabatan di ibu negara
Beraksi di Padang PULAPOL & UKM menentang 2 lawan yang beraksi di Liga Perdana bersama skuad senior membolehkan beliau menimba 'pengalaman baru' sebagai proses pembelajaran untuk bergelar ubi yang cukup MATANG
Bekas pemain Harimau Muda C yang pernah berkelana di Slovakia ini bermula agak 'struggle' apabila dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Sarawak & Selangor dalam kempen Liga Super namun tidak menghampakan apabila diberikan peluang seterusnya termasuk ketika menentang UiTM FC & Felda United dimana persembahan beliau mula mendapat perhatian penyokong di Kota Bharu apabila masuk menggantikan Rozaimi4 untuk tempoh hampir setengah jam
Di saingan peringkat umur Piala Presiden beliau mencipta SENSASI pada Mei 2017 selepas meledak 5 gol ketika membantu TPW menang 8-1 ke atas Melaka United selain turut menjadi NADI PENTING membawa skuad bimbingan Hashim Mustapha sehingga ke kelompok 4 terbaik sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan Terengganu
KOMITMEN bersama TPW & TRW tidak pernah 'menjemukan' anak muda ini yang masih mengintai DEBUT JARINGAN rasmi bersama TRW meskipun sudah beberapa kali meledak dalam aksi persahabatan
KEPERLUAN untuk kekal 99:1
Kredit: Pemilik Foto
Review Nik Azli Nik Alias (Penyerang Piala Presiden 2017) Review Nik Azli Nik Alias (Penyerang Piala Presiden 2017) Reviewed by Wafi on October 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.