Skuad The President Warriors Layak Ke Separuh Akhir


Satu pencapaian mengkagumkan dan mengejutkan daripada skuad piala presiden kelate ( TPW) yg layak ke separuh akhir selepas menewaskan pasukan pilihan musim ini, Negeri sembilan di suku akhir.

Selepas menduduki tangga ke empat kumpulan A, kelate layak ke suku akhir( 28 mata) hanya dibezakan satu mata dgn Felda united (27 mata) di perlawanan terakhir matchday 18.

Negeri sembilan, juara kumpulan B dan Selangor, naib juara kumpulan B jadi pilihan utama selain juara kumpulan A kedah dan naib juara Terengganu utk layak ke separuh akhir.


Negeri sembilan sgt konsisten dgn mengumpul 35 mata berbanding kedah 34 mata kumpulan A. Dua pasukan ini diramal akan bertemu di final piala presiden 2017 selepas aksi yg sgt cemerlang.

Namun TPW kelate, yg baharu dpt gaji drpd madam presiden, kak Bibi mengecewakan hasrat negeri sembilan.



Loni kelate di rel molek utk mencipta sejarah hattrick selaku juara piala presiden 2017, selepas unggul jadi juara 2015 menewaskan penang dan 2016 menewaskan safawi rashid serta T team.

Biarpun tiada seorangpun dari skuad TPW musim ini dlm skuad sukan SEA 2017, anak buah Hashim mustapha dan Halim Napi ini mampu melonjak dgn pencapaian hebat dgn pemain pemain spt Danial asyraf, Nik Azli, Nik Akif syahiran dan lain lain.

Barisan serangan pasukan ini sgt luar biasa, walaupun ditangga keempat peringkat kumpulan, 35 jaringan yg dipukatkan gol lawan adalah yg terbanyak drpd semua pasukan bertanding.

Teruskan mencipta sejarah skuad ubi muda Kelate. Lawan Terengganu di Separuh akhir buke tugas mudah, tapi situasi KAFA loni membui semangat luar biasa kpd pemain dan pengurusan TPW.

JDT?
Sekali lagi sejak pasukan 50 langkah dihadapan ini dibrandingkan Harimau selatan sbg kuasa baru bolasepak negara sejak 2013 gagal utk ke final.

Semua dana, prasarana dan coaching staff mereka ada, namun selangor menunjukkan mereka jln keluar pintu suku akhir...pokmat kelubi kata piala presiden tiada pemain import, jadi JDT berdepan kesukaran bertewah sesama pemain tempatan.

Skuad The President Warriors Layak Ke Separuh Akhir Skuad The President Warriors Layak Ke Separuh Akhir Reviewed by Wafi on September 27, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.