Review Futty Danso

Danso12

'Futty' Danso merupakan satu-satunya pemain yang bermula dalam kesebelasan utama skuad TRW untuk kesemua 28 perlawanan (21 LS, 6 MC & 1 FA) yang melibatkan skuad ini sepanjang 2017
Dibawa masuk pada 'saat akhir' oleh ejen sama yang membawa Damion Stewart ke Malaysia setelah Cedric Djeugoue gagal melepasi 'pemeriksaan kesihatan' serta DRAMA tarik diri/ tarik tali menyaksikan Danso tidak sempat diuji dalam perlawanan persahabatan dan terus melakukan DEBUT bersama TRW pada petang 27 Januari di Stadium Shah Alam
Pada usia 34 tahun (lahir 1983) beliau telah merasai bermain di 13 Stadium di Malaysia dengan lebih 2550+ minit aksi dalam 3 pertandingan DOMESTIK selain mendapat call up skuad Kebangsaan Gambia
Pemergian arwah bapanya pada April tidak menghalang KOMITMENnya bersama TRW & memilih untuk menangguhkan kepulangannya ketika saingan berehat pada pertengahan musim
Bertukar kombinasi antara Angah, Subra & Faizol..benteng mereka 'dirobek' sebanyak 51 kali dengan melepaskan (purata 1.82 gol) setiap perlawanan & hanya 2 perlawanan (bertemu Sarawak & PKNS) mencatatkan 'clean sheet'
SESUATU yang menjadi kelebihan beliau adalah kemampuannya bermain penuh tanpa sekalipun digantikan & tidak pernah 'tersisih' kerana faktor penggantungan/ kecederaan
FAKTOR usia, keupayaan membantu serangan terutamanya ketika situasi set piece, bantuan jaringan, serta jumlah gol yang dilepaskan menyaksikan Danso12 mungkin bukan pilihan terbaik untuk dikekalkan musim depan sekiranya TRW mampu mencari pengganti yang lebih baik
Obinna Nwaneiri telah menjadi LAGENDA yang akan terus menjadi siulan kerana dia dianggap CB import terbaik yang pernah dimiliki..Pemain setaraf/ memiliki corak permainan mirip Marcos Antonio & Thiago Junior adalah KRITERIA yang diperlukan pada ambo sekiranya pihak pengurusan mahu mengucapkan selamat jalan kepada Danso & MEREKRUT CB import baru bagi musim 2018
KEPERLUAN untuk kekal..35:65
Kredit: Pemilik Foto
Review Futty Danso Review Futty Danso Reviewed by Wafi on October 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.