Analisa Oleh Tuan Zuraimi


Kita melihat Kelantan agak mengagumkan pada separuh musim pertama. Kagum dirujuk kerana Kelantan cuma bertaraf pasukan 6/10 bintang (Rujuk artikel analisis pasukan Liga Super berkaitan kemampuan pemain dalam FBK awal musim)

Kelantan dikategorikan melalui 4 fasa sebelum cuti pertengahan musim berlaku.

"Kita bukan pilihan, kita tidak kuat tapi kita akan muncul diantara 2 elemen itu"-Reuters


Pada fasa pertama Kelantan melakar permulaan agak baik. Suasana hebat, kem pasukan bertambah positif. Kekalahan awal Kelantan di R32 Piala FA agak mengecewakan.Mengikut kekuatan pasukan Kelantan sepatutnya tewas pada R16 atau Suku Akhir bergantung siapa lawan seterusnya.

Tapi pada akhirnya kita tahu Kelantan tidak ada kemampuan yang cukup untuk mencabar Piala itu (kalau research data).

Fasa ke-2 adalah fasa kritikal. Kalah 3 kali berturut-turut di SSMVI, semuanya bertukar menjadi negatif. BIlik persalinan menjadi tertekan. Semua menjadi buntu sehinggalah 'cabaran menjaringkan gol' dilancarkan...

"Apabila kita mula menjaringkan gol, semua masalah akan selesai"- Reuters

Ya tuan tuan dan puan puan,
Kelantan bangkit dengan menjaringkan 8 gol dalam 2 perlawanan. Menewaskan Perak 4-2 dan T Team 4-2.

Kelantan dianugerahkan bakat dari langit sekali lagi pada musim ini, Danial Asyraf dan Ramadhan Hamid mempamerkan bakat yang sangat baik dalam prestasi 4 perlawanan fasa ini.

Kelantan terus meningkat ke puncak prestasi.
4 perlawanan terakhir Kelantan boleh ditakrifkan fasa yang terbaik pada musim ini.

Kelantan tidak tewas dalam 4 perlawanan terakhir, 8 mata dikumpulkan dalam 4 perlawanan dari pasukan yang hanya dinilai mempunyai kekuatan 6/10.

Diimbas kembali pada fasa ke-3, kekalahan kepada Pahang dan JDT berkisar kepada masalah mengurus pendahuluan. Kelantan mampu mendahului perlawanan melalui jaringan tetapi tidak mampu menguruskannya termasuk ketika menentang P.Pinang.

Masalah ini yang patut ditekankan tetapi menjelang cuti segalanya dibaiki pada tempat yang tidak rosak. Apa yang jadi selepas itu?

Ya Dato Dato dan Datin Datin,
Kelantan bergelut sehingga hari ini.

Ketika Kelantan boleh dikatakan melalui 4 fasa ini memang ada kedengan cerita dari bawah tanah, memandangkan Kelantan gagal membentuk pasukan yang seimbang dicampur memahami suasana karier jurulatih di Malaysia agak tidak menentu...

...maka pasukan ini perlu dinilai dan dicadangkan awal untuk jurulatih seterusnya tidak mempunyai masalah yang sama.

Kumpulan pemain perlu dinilai cukup dan seimbang untuk mana-mana jurulatih yang ingin menggarapkan 4-4-2 dan 4-3-3. Jadi 17 pemain pertama dicadangkan sebelum Julai.

*Aku dah mula rasa malas nak taip dan lukis. Sebab aku rasa bola di Malaysia tetap macam tu. Tak pandai research, trobleshoot dan solve. Tak pandai memperhalusi, sekadar beli jiwa tanpa fakta seperti contoh 'kita sasar 1 atau 8 piala' setiap tahun. Takde makna.
Analisa Oleh Tuan Zuraimi Analisa Oleh Tuan Zuraimi Reviewed by Wafi on October 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.