Tidak sukar, salah satu perkara yang sering berlaku adalah ada individu melakukan sesuatu melebihi bidang kuasa.
Presiden sepatutunya jadi presiden.
Timbalan dan Naib sepatutnya jadi timbalan dan naib.
Exco sepatutnya menjadi exco.
Penaja sepatutnya menjadi penaja,
Jurulatih sepatutnya jadi jurulatih.
Pemain sepatutnya jadi pemain.
Timbalan dan Naib sepatutnya jadi timbalan dan naib.
Exco sepatutnya menjadi exco.
Penaja sepatutnya menjadi penaja,
Jurulatih sepatutnya jadi jurulatih.
Pemain sepatutnya jadi pemain.
Tiada yang lebih besar dari Kelantan, lebih-lebih lagi Kelantan berasakan Football Assiociation bukannya Kelab. Jika kelab berkonsepkan pemilikan, Football Assiociation terjadi kerana ahli gabungan dari Pbj. Tiada siapa yang memiliki Kelantan.
Dalam permulaan musim Kelantan adalah pilihan ke-12 dari 12 pasukan. (Rujuk artikel perbandingan antara 12 pasukan Liga Super melibatkan kekuatan pemain yang pernah dikeluarkan oleh Fbk)
Segalanya agak mengagumkan dan sedikit aman sehingga separuh musim. Walaupun ada yang beranggapan Kelantan sepatutnya menjuarai Piala FA (hidup dalam ilusi 2012).
Ya... Kelantan bertuah kerana Ghaddar sangat menjadi dan dialah satu satunya pemain era emas 2012 yang menjadi yang lain semuanya lingkup.
KELANTAN SILAP APABILA MERASAKAN PRESTASI DI LIGA SUPER BOLEH DITINGKATKAN LAGI
Apabila Kelantan berjaya menduduki tempat ke-4 Liga Super selepas 12 perlawanan, itu adalah kemampuan lebih dari jangkaan.
Seperti teori Kuiper, majoriti prestasi pemain akan jatuh kerana faktor umur. Lebih memburukkan lagi keadaan jumlah pemain dalam pasukan tidak seimbang di setiap posisi.
Menyempurnakan lagi kerosakan adalah penyerang diganti dengan sayap kanan dan pengarah teknikal yang baru sebulan memahami masalah bola Kelantan dijadikan Ketua Jurulatih.
KELANTAN TERHEMPAS
Berbalik kepada teori Kuiper hanya pemain dalam lingkungan umur 27-31 tahun yang mampu konsisten sepanjang musim melibatkan fizikal atau mental.
Majoriti pemain kelantan tidak berada dalam kumpulan ini. Maka tidak hairan Kelantan hilang arah sepanjang separuh musim ke-2. Semuanya amat berharap kepada Ghaddar. Fizikal pasukan semakin melemah, Mental pasukan semakin koyak.
Pada akhirnya koyak hingga bergolak.
17 PEMAIN DICADANGKAN MENJADI PUNCA?
Apa yang ditekankan Kelantan sebenarnya tidak bersedia untuk cabaran musim 2017. Pemain hanya diambil sekadar tangkap muat.
Jika tidak kenapa umur pemain sangat tidak seimbang. Ramai yang terlalu tua dan ramai yang terlalu muda.
Jika tidak kenapa sehingga 6 pemain berada dalam posisi full back. Malahan sehingga 23 dari 33 pemain bercirikan defensif.
Ini agak sukar kerana pemain ada kemahiran spesifik, pendedahan spesifik dalam kariernya. Ya betul... Daudsu boleh sahaja diletakan dimana mana posisi, tetapi sudah pasti dia lebih selesa dalam posisi kebiasaanya.
Berbalik kepada 17 pemain tadi. Menjelang Julai, 17 pemain telah dinilai di setiap posisi dan telah dicadangkan. Ya... sudah pasti kesemuanya adalah pemain muda. Baki pemain mungkin dilakukan pada hujung musim.
Dalam situasi ini sudah pasti ada veteran akan tersisih dalam perancangan 2018. Itu adalah lumrah bolasepak. Jadilah profesional. Kesinambungan pasukan lebih utama dari kepentingan peribadi.
Yang bakal tersisih selamat maju jaya, pemain muda yang bakal membawa survival pasukan selamat berjaya.
Sebelum menyeru penyokong menjadi satu, pengurusan perlu menjadi satu terlebih dahulu. Pemain perlu menjadi satu dalam dan luar padang. Apabila pasukan menjadi satu, penyokong akan dengan sendirinya bersatu.
Fizikal Kelantan koyak, Mental Kelantan koyak... Simon Kuiper sudah lama terangkan perkara ini.
Apa yang Mueller kata pada hari ini dalam krisis Bayern Munich?
'Prestasi kita jatuh kerana kita (pemain) bukan Ancelotti'
.
Muller lebih muda dan akan bermain di piala dunia berbanding Robben bintang tua kalah dalam kelayakan. Robben bintang yang hampir dihujung karier.
Sumber : Zuraimi Zukri
Adakah sukar untuk mengenal pasti masalah Kelantan FA?
Reviewed by Wafi
on
October 14, 2017
Rating:
Reviewed by Wafi
on
October 14, 2017
Rating:


No comments: