3 perkara yang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus ambil berat.




1. Jangan panik dan terdesak untuk ulang kegemilangan silam

Dalam sejarah bola sepak Malaysia, Kelantan bukanlah satu pasukan yang mempunyai sejarah kejayaan yang banyak.

Era Tan Sri Annuar Musa telah meletakkan nama pasukan yang pernah mendominasi Malaysia. Sejarah akan kekal disitu yang mana sebelum ini tidak pernah ada.

Kelantan sudah melalui fasa penerimaan hakikat, pasukan perlu bermula dari bawah semula dan mungkin akan makan masa yang lama.

Kelantan perlu menggunakan konsep hanya 25 pemain shj sepanjang tahun dengan menetapkan 17 pemain utama. 4-5 pemain pemain kunci yang akan memandu pasukan.

Jangan terlalu agresif dengan pertukaran.

Kaedah ini telah lama digunapakai oleh eropah, tidak menggunakan terlalu ramai pemain semusim dan agak jelas dengan status pemain. Tak kira pasukan kuat, sederhana atau lemah.

2. Laman sosial bukan platform terbaik untuk persatuan melakukan komunikasi 2 hala.

Dalilnya mudah, TMJ yang sudah melakukan segalanya di JDT pun tidak akan menang dengan komunikasi 2 hala di laman sosial.

Inikan pula pasukan yang tidak mempunyai kesempurnaan.

Biarkan peminat bola sepak berhubung sesama mereka di laman sosial, persatuan boleh memerhati dan mangambil apa yang bagus tanpa perlu turun ke dalam ruang ini.

Persatuan perlu menjalinkan komunikasi 2 hala dengan kelab peminat yang banyak wujud di sekitar Kota Bharu, malahan juga ada di Lembah Klang.

Identiti dan fizikal mereka lebih jelas.

3. Cuba membawa masuk dan mengamalkan kefahaman bola sepak moden

Dunia tanpa sempadan menyaksikan peminat sukan ini banyak terdedah dengan kefahaman dari luar.

Sebagai contoh perkara 1, Kelantan jelas sudah mempunyai 2 nama yang perlu ditekankan dalam pemasaran pasukannya.

Pemasaran tidak bermaksud membuat untung tetapi satu simbol kepada apa itu Kelantan sekarang.

Setia pasukan perlu mempunyai 1-2 pemain yang menjadi cerminan pasukan. Dalam pasukan Kelantan, Wan Zahrulnizam dan Nazrin Nawi perlu dijadikan cerminan kepada pasukan.

Jika pengurus setiap kelab di eropah perlukan sokongan kuat dari pemilik untuk bersama-sama membina pasukan. Dalam konteks bola sepak Malaysia ianya berbeza.

Di Kelantan konsep menyerahkan pasukan kepada syarikat swasta untuk menguruskan pasukan sering diguna pakai.

Persatuan Bola Sepak Kelantan perlu menyokong syarikat yang diberi kepercayaan olehnya. Sebarang pertelagahan akan membuka ruang besar kepada peminat hilang kepercayaan.

Perbincangan sesama mereka tidak lagi akan membantu suasana.

Rumusan





Kelantan mempunyai kumpulan penyokong yang unik. Mereka bergerak dalam kumpulan masing-masing, dan mereka sangat aktif.

Ia akan memberi benefit kepada pasukan apabila banyak kumpulan ini terus bercakap mengenai pasukan. Mereka sangat aktif dengan cara masing-masing.

Ada yang cukup ekstremis, ada yang sederhana dan ada yang sangat diam.

Kelemahan besar mereka mungkin kumpulan ini saling bercakaran dalam ruang bincang personal. Masing-masing mempunyai ideologi dan kefahaman masing-masing.

Tak degil bukan Kelantan namanya.

Bagaimana Persatuan mahu menangani keadaan ini, terpulang kepada apa objektif mereka. Langkah pertama, dengan pengurusan baru (sentiasa baru, lepas ada lagi kot)...

...diam, perhatikan shj dan terus buat apa yang mahu dibuat.

Penyatuan dalam skala gergasi antara peminat hanya akan terhasil dengan pencapaian. Hubungan 2 hala perlu dibataskan, tapi dalam masa yang sama jangan ketepikan secara total.

Respon dari peminat biasanya keras, tapi itu adalah sifat bola sepak di Malaysia. Apabila ditindih dengan respon dan kehadiran penonton di Stadium Sultan Mohammad ke-4, ternyata penyokong diam lebih ramai.

Jadi tak perlu risau, panik dan resposif dengan media sosial. Pemain pun kalau boleh lupakan dunia ini. Hidup dengan dunia bola sepak sahaja. Padang, bola, permainan, perlawanan, stadium dan pertandingan.

Keceriaan dalam kem perlu dibina semaksima mungkin dalam pra musim selain membina pelan taktikal dan siapa pemain utama yang akan digunakan sepanjang musim depan.

Semoga perjalanan musim 2020 bejalan dengan tenang.



Kredit : Zuraimi Zukri
3 perkara yang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus ambil berat. 3 perkara yang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus ambil berat. Reviewed by Wafi on January 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.