Rumusan Kelantan di Liga Super 2018




Pada musim 2016 K.Devan dikritik kerana sepanjang 11 perlawanan Liga Super dia tidak pernah meletakkan Kelantan dalam landasan sebagai pasukan pilihan pertengahan Liga.

V.Popov berjaya mengangkat pasukan ini dan melebihi jangkaan asal iaitu no.5 kepada no.4. Selepas pencapaian tersebut Popov mula disenangi tetapi KAFA memilih untuk tidak menyambungnya.

Musim 2017 Kelantan bermula dengan Zahasmi. Pencapaian Zahasmi ketika menggantikan Azrai boleh dijadikan merit. Seperti jangkaan Zahasmi berjaya meletakan Kelantan di tangga ke-4 selepas 12 perlawanan Liga.

Jika tidak kerana isu pemotongan mata, pasukan cuma memerlukan 1 kemenangan sahaja bagi mengesahkan kekal liga. Penggantian Zahasmi kepada Gonzales dan Ghaddar gagal dikekalkan menghancurkan momentum awal musim.

Apa rumusan musim 2018?

Secara total ia gagal sepenuhnya di pusingan pertama dan ke-2 liga tidak seperti musim 2016 dan 2017.

Mengikut sasaran KAFA iaitu no.5 Liga Super, sasaran ini telah gagal seawal perlawanan ke-7. Selepas tewas kepada PKNP, Kelantan sudah tersasar 6 mata dari sasaran.

6 mata bukan sesuatu yang mudah untuk digantikan kerana perlu menewaskan beberapa pasukan lawan yang bukan dalam sasaran.

Malangnya ekspektasi penyokong yang mahu melihat Kelantan berjaya capai no.9 liga dilihat sudah gagal selepas perlawanan ke-13 liga super.

Pada ketika itu Kelantan sudah hilang 8 mata sasaran untuk no.9. Dan akhirnya ia benar... Kelantan tidak mampu menggantikan mata tercicir malahan menambah keciciran mata sehingga perlawanan ke-21.

Kelantan menutup tirai dengan -8 mata untuk no.9 dan -15 mata untuk no.5 liga. Sasaran KAFA gagal teruk, jangkaan penyokong tidak dicapai.

Dimana kegagalan itu berlaku? 8 perlawanan dikesan...

1. LS01 (Melaka lwn Kelantan) 1-2
Sejak Kelantan dipromosi ke Liga Super, pasukan ini tidak pernah tewas pada perlawanan pembukaan. Jangkaan 1 mata dalam ketika tewas kepada Melaka menjadi kegagalan pertama musim 2018.

2. LS06 (N.Sembilan lwn Kelantan) 1-1
Kelantan berjaya mengutip 4 mata selepas menang 3-2 keatas Perak. Kelantan hanya perlukan 3 mata dari 2 perlawanan seterusnya.

Kelantan tewas kepada 0-1 kepada PKNS dan seri 1-1 dengan N.Sembilan. Dari 2 perlawanan tersebut perlawanan menentang N.Sembilan ditakrifkan gagal.

3. LS08 (PKNP lwn Kelantan) 2-0
4. LS10 (Kelantan lwn PKNP) 1-2
Perubahan jadual dari MFL menjadikan Kelantan akan bertemu 4 kali dengan pasukan yang baru dipromosikan ke Liga Super. Malangnya Kelantan masih gagal meraih 7 mata dari 5 perlawanan tersebut.

Kegagalan mengutip sebarang mata ketika menentang PKNP menjadikan Kelantan gagal 2x menentang pasukan ini.

5. LS12 (Kelantan lwn N.Sembilan) 0-2
Kelantan berterusan tewas kepada pasukan yang baru dipromosi. Selepas tewas 2x bertemu PKNP, 1x menentang K.Lumpur dan hanya mampu seri ketika menentang N.Sembilan. Pasukan ini menjadi pasukan paling lemah dalam kumpulan pasukan bawahan.

Agak malang sekali lagi Kelantan gagal meraih mata penuh menentang N.Sembilan di kandang sendiri.

6. LS16 (Kelantan lwn PKNS) 1-2
Apa lagi yang boleh diharap jika Kelantan perlu dapat 7 mata dalam senarai lawannya adalah N.Sembilan, Selangor, Kedah, Kedah dan PKNS. N.Sembilan dan PKNS perlu bermain di Kota Bharu.

Ia berterusan gagal, gagal dan gagal. Tewas kepada N.Sembilan dan PKNS di Kota Bharu.

7. LS21 (Terengganu lwn Kelantan) 0-2
Gagal lagi, gagal lagi dan terus gagal sepanjang 21 perlawanan liga.

Melihat kepada perjalanan pasukan Kelantan pada musim 2016, 2017 dan 2018 ia jelas pasukan ini mencapai keputusan paling buruk. Tiada 1 fasa pun Kelantan berada di landasan tidak kira sasar no.5 atau no.9.

Ia sangat jelas seawal perlawanan ke-6 lagi. Ia sudah diberitahu dan apa jawapannya pada ketika itu... jangan risau, jangan panik, jangan kondem, nak jadi perosak bola Kelantan ke kalau cakap kita akan jatuh liga di LS09. Masih ada banyak lagi baki perlawanan katanya. So...?

Tulisan : Zuraimi Zukri
Rumusan Kelantan di Liga Super 2018 Rumusan Kelantan di Liga Super 2018 Reviewed by Wafi on August 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.