Buang TRW, padah menanti Kelantan - Tan Sri Annuar Musa



KOTA BHARU 24 Sept. – Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menghadapi masalah sekiranya gelaran keramat The Red Warriors (TRW) tidak lagi digunakan pada saingan musim tahun hadapan.

Annuar berkata, ini kerana TRW mempunyai nilai komersial yang cukup tinggi mencecah RM14 juta lebih tinggi daripada persatuan-persatuan lain sehinggakan Kafa mendapat perhatian yang hebat daripada media terutama ketika pemilihan presiden baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan kedudukan Kafa yang tidak pernah mendapat bantuan penajaan terutama daripada kerajaan negeri untuk bernafas sebaliknya bergarap sepenuhnya kepada pakej iklan komersil yang sangat berpengaruh kerana gelaran TRW.

“Kelantan tidak ada penaja, di luar sana banyak orang tidak faham, tiap awal musim kita ambil risiko tandatangan dahulu pemain lepas itu baharu kita cari duit, sebab itu kalau ada yang tidak langsaikan bayaran iklan mengikut jadual, maka defisit kita akan bertambah dan menimbulkan masalah.

"Kita jual pakej komersil pengiklanan dan nama TRW mempunyai nilai komersil mencecah RM14 juta, lebih tinggi daripada orang lain sebab itu siapa yang jadi Presiden terus dapat tempias dan mendapat nama, walhal kalau pemilihan presiden persatuan lain tidak masuk surat khabar pun, kalau jersi pasukan lain orang tidak pakai tapi orang pakai jersi TRW sehingga semasa menggali kubur,” katanya.

Annuar yang juga bekas Presiden Kafa berkata, hasrat presiden baharu persatuan itu, Bibi Ramjani Ilias yang mahu menukar nama yang sangat popular itu akan membawa padah kerana perlu membina semula jenama lain yang tidak diketahui berupaya atau tidak menarik perhatian ramai sekali gus mengurangkan minat pembiaya baharu.

Apa yang penting sekarang adalah soal dana, Bibi perlu ada sekurang-kurangnya RM5 juta dalam tangan baru kepala tidak sakit iaitu RM2 juta untuk bayar gaji pemain dalam tempoh tiga bulan ini, RM2 juta untuk kegunaan semasa dan RM1 juta untuk menandatangani pemain import baharu.
Buang TRW, padah menanti Kelantan - Tan Sri Annuar Musa Buang TRW, padah menanti Kelantan - Tan Sri Annuar Musa Reviewed by Wafi on September 24, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.